Tendang Bos Kedai Es Krim, Pengemudi Grab Didenda

Akibat mencederakan seorang pengurus kedai es krim dengan cara menendang muka, seorang pengemudi GrabCar didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhi hukuman itu terhadap Muhammad Rafi Zaidi, 30, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja mendatangkan cedera kepada Muhammad Hazmi Rasyid Mohamad, 27, dengan menendang muka lelaki itu.

Baca:

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pusat beli-belah di Medan Syed Putra Utara, Brickfields di sini pada 5 petang, 21 April lepas,mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda itu. Dia membayar denda itu.

Muhammad Rafi diwakili peguam Zulkifli Awang manakala pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin.

(mynewshub/tow)

Loading...